fbpx

Pembukaan sektor ekonomi ketika ‘lockdown’ cegah kegagalan rantaian bekalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan pembukaan berterusan beberapa sektor ekonomi ketika ini adalah penting bagi mencegah kegagalan rantaian bekalan khususnya membabitkan produk dan perkhidmatan perlu.

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, beliau menyedari ada keperluan untuk mengawal pandemik Covid-19 secara efisien namun, pada masa sama terdapat juga keperluan untuk mencegah gangguan terhadap rantaian bekalan itu.

Beliau berkata, berasaskan pengajaran daripada Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) lalu, kerajaan juga akan membenarkan rantaian nilai barang-barang keperluan seperti pembungkusan dan pelabelan untuk beroperasi.

“Sektor ekonomi yang strategik seperti industri aeroangkasa, minyak dan gas, pembuatan serta elektrikal dan elektronik (E&E) juga dibenarkan beroperasi ketika ini.

“Sektor E&E, sebagai contoh, menghasilkan ribuan komponen yang membolehkan operasi berterusan infrastruktur kritikal di seluruh dunia, antara lain peralatan penjagaan kesihatan dan perubatan, sistem bekalan air dan grid tenaga serta rangkaian pengangkutan dan telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) Ke-55, hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI