fbpx

Mesti 100 peratus fokus jika mahu menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMENANGAN ke atas Harimau Malaya penting buat UAE untuk layak secara automatik ke saingan Piala Asia.

PASUKAN Emiriyah Arab Bersatu (UAE) berharap untuk bangkit di landasan kemenangan selepas tewas dua kali berturut-turut pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menjelang aksi bertemu Harimau Malaya awal pagi esok.

Sebagai rekod, Skuad kendalian Bert van Marwijk ketika ini berada di kedudukan kedua tercorot Kumpulan G dengan me­ngumpul enam mata daripada empat perlawanan selepas tewas kepada Vietnam dan Thailand pada aksi kelayakan terakhir November 2019.

Peluang beraksi di laman sendiri, UAE sudah pasti mahu menggunakan kelebihan tersebut sebaik mungkin bagi mengutip 12 mata maksimum dalam baki empat perlawanan di Dubai.

Pertahanan UAE, Yousef Jaber percaya pertemuan menentang skuad Harimau Malaya sangat penting untuk pasukannya me­raih kemenangan jika mahu mara ke peringkat kelayakan Piala Dunia 2022 seterusnya sekali gus layak automatik ke pentas Piala Asia 2023.

“Persiapan pasukan di bawah kendalian jurulatih (Van Marwijk) sejak awal bulan lepas berjalan lancar. Namun, kami menghormati kualiti yang ada pada pasukan Malaysia

“Keyakinan kami juga berada di tahap terbaik dan aksi bertemu Malaysia pada aksi pembukaan sangat penting untuk pasukan dalam usaha memburu tangga teratas peringkat kumpulan,” katanya dipetik menerusi portal tempatan The National semalam.

Pasukan yang berada di kedudukan ke-73 dunia itu memberi isyarat awal dengan meraih keputusan positif dalam dua aksi persahabatan selepas melakar kemenangan besar 6-0 ke atas India dan 5-1 menundukkan Jordan.

Sementara itu, tonggak tengah UAE, Khalfan Mubarak memberi amaran sama iaitu rakan-rakan sepasukannya kini cukup bersedia dan bersemangat dari segi fizikal serta mental.

“Semua pemain cukup bersemangat dalam memburu tempat dalam kesebelasan utama dan saya pasti siapa sahaja yang diberi kepercayaan akan memberikan 100 peratus di atas padang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI