fbpx

MBI lakukan kerja pembersihan, disinfeksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas MBI melakukan kerja-kerja disinfeksi di Pasar Kampung Tawas dalam usaha mengekang jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan komuniti setempat.

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa melakukan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di kesemua 19 pasar awam bawah kendaliannya dalam usaha mengekang jangkitan wabak Covid-19 dalam kalangan komuniti setempat.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, langkah tersebut telah pun dilakukan sejak tahun lalu sebaik pandemic Covid-19 dikesan dan diteruskan sehingga kini secara berkala.

Menurut beliau, ini kerana pasar awam yang merupakan tempat tumpuan orang ramai merupakan lokasi berisiko menyebabkan jangkitan sekiranya kawalan tidak dilakukan selain pematuhan arahan sedia ada.

“Sepanjang tahun lalu bermula Mac, kita telah melakukan 136 kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di kesemua pasar awam.

“Pada tahun ini iaitu sehingga Mei, petugas-petugas MBI telah melakukan 47 kerja-kerja pembersihan. Antara pasar-pasar ini ialah di Simpang Pulai, Taman Canning, Bercham, Kampung Tawas dan Tanjung Rambutan,” ujarnya.

Selain pasar awam, turut terlibat ialah sebuah pusat sembelihan ayam yang disinfeksi oleh MBI mengikut jadual bulanan yang ditetapkan.

Sementara itu kata Rumaizi, seramai 32 orang pegawai penguat kuasa MBI telah ditugaskan bagi membantu kelancaran operasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Stadium Indera Mulia di sini.

Katanya, kesemua mereka bertugas di pusat berkenaan bermula pagi hingga petang dengan 16 orang penguat kuasa pada setiap sesi.

“Sebelum ini MBI menugaskan empat orang penguat kuasa pada setiap masa sejak Mac lalu tetapi jumlahnya digandakan bermula 22 Mei demi memastikan kelancaran operasi di PPV berkenaan selain memudahkan orang ramai.

“Antara bidang tugas penguat kuasa MBI di sini ialah kawalan lalu lintas, tempat meletak kenderaan, menyemak tarikh temujanji penerima vaksin dan menyemak aplikasi MySejahtera,” ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI