fbpx

8,209 kes baharu Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kes harian negara hari ini merekodkan angka melebihi 8,000 dengan 8,209 kes, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 595,374 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan kes tertinggi dengan angka melepasi 3,000 dengan 3,125, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 801 kes dan Johor sebanyak 752 kes.

“Seterusnya, Sarawak (594 kes), Negeri Sembilan (576 kes), Kelantan (414 kes), Perak (384 kes), Kedah (373 kes), Melaka (322 kes), Pulau Pinang (303 kes), Sabah (203 kes), Pahang (135 kes) dan Terengganu (127 kes).

“Labuan pula sebanyak 62 kes manakala, Putrajaya sebanyak 33 kes dan Perlis dengan lima kes baharu,” katanya pada ciapan Twitter di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI