fbpx

14 pekerja, 2 majikan dikompaun RM41,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa pekerja sebuah kilang makanan haiwan di Butterworth dikompaun kerana tidak mengimbas kod QR MySejahtera baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Seramai 14 pekerja kilang makanan haiwan di dua premis di Mak Mandin, Butterworth di sini masing-masing dikompaun RM1,500 selepas didapati gagal mengimbas kod QR MySejahtera dalam operasi berasingan hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, menerusi operasi pertama, seramai lapan pekerja didapati tidak mendaftarkan diri menerusi aplikasi MySejatera atau buku pendaftaran.

“Manakala, semasa serbuan kedua, enam pekerja didapati tidak mengimbas kod QR MySejahtera ketika memasuki premis untuk memulakan kerja.

“Majikan di kedua-dua kilang itu masing-masing dikompaun sebanyak RM10,000 kerana gagal memastikan pekerja mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19,” katanya kepada pemberita hari ini.

Operasi itu membabitkan pasukan Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Tenaga Kerja dan Majlis Perbandaran Seberang Perai.

Dalam perkembangan lain, Noorzainy berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya meletakkan penghadang konkrit di tiga laluan tikus di daerah itu bagi menghalang percubaan orang ramai merentas daerah dan negeri tanpa kebenaran.

Ia membabitkan lokasi di Kampung Terus, Sungai Dua yang bersempadan dengan daerah Seberang Perai Tengah serta sempadan negeri kedah di Jalan Kampung Selamat-Bagan Serai dan Jalan Pinang Tunggal-Kulim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI