fbpx

Suami terkejut isteri kahwin lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sebuah klip video menunjukkan Nana berkahwin dengan seorang lelaki selepas bergelar isteri kepada Yin Cheng. – Oddity Central

BEIJING – Seorang lelaki di Bayannur, dalam wilayah Inner Mongolia kerugian AS$23,500 (RM96,867) apabila menjadi mangsa sindiket penipuan perkahwinan, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.

Lelaki dikenali sebagai Yin Cheng, 35, itu hanya menyedari ditipu isterinya yang bernama Nana apabila menonton klip video perkahwinan baharu wanita itu di laman sosial tempatan, Kuaishou, baru-baru ini.

Menurut Cheng, dia berkenalan dengan Nana awal tahun ini menerusi seorang pencari jodoh selepas didesak keluarga untuk berumah tangga memandangkan usianya semakin lanjut.

Selepas beberapa kali berhubung menerusi panggilan video, Cheng meminta Nana datang ke kampungnya untuk bertemu keluarganya

Apabila ibu bapa Cheng bersetuju mengahwinkan mereka, Nana menolak untuk melibatkan keluarganya dengan alasan mereka sedang menunggu pampasan daripada pemerintah dan akan kehilangan wang itu jika Nana berkahwin terlebih dahulu.

Cheng bersetuju dengan permintaan Nana dan mengadakan upacara perkahwinan secara tradisional sahaja.

Selepas berkahwin, Nana sering meminta untuk pulang ke kampung sehingga menimbulkan syak wasangka Cheng.

Keraguan Cheng terjawab apabila dia menonton klip video perkahwinan baharu Nana. Dia bergegas ke kampung wanita itu di Xixiaozhao untuk mendapatkan penjelasan.

Nana dan lelaki yang kononnya pencari jodoh bernama Li itu akhirnya mengaku terlibat dengan kegiatan penipuan perkahwinan menyasarkan lelaki bujang yang lanjut usia .

Polis telah menahan lima suspek terlibat dalam 19 kes penipuan perkahwinan itu yang menyebabkan kerugian sekitar AS$314,000 (RM1.3 juta). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI