fbpx

Sebar maklumat palsu, guru tuisyen didakwa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nazaruddin hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman sosial Facebook miliknya, 21 April lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang guru pusat tuisyen menjadi individu pertama didakwa dibawah Ordinan Darurat selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memuat naik satu kenyataan tidak benar di laman Facebook miliknya pada 21 April lalu.

Tertuduh, Mohd. Nazaruddin Yusoff, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa telah menggunakan aplikasi Facebook dengan niat menyebabkan ketakutan atau kebimbangan pada orang awam telah mengadakan penerbitan yang mengandungi berita tidak benar.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Pengurusan, Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian, Johor pada pukul 11.50 pagi, 21 April lalu.

Atas kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.

Jika disabitkan bersalah, boleh dikenakan denda tidak lebih RM100,000 atau denda tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh didenda selanjutnya tidak lebih RM1,000 bagi tiap-tiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Julai akan datang.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI