fbpx

Banduan di India enggan keluar penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang banduan menjalani ujian Covid-19 di sebuah klinik di Penjara Pusat Sabarmati, Ahmedabad pada Oktober lepas. – AFP

MEERUT, INDIA – Sebilangan banduan di India dilaporkan enggan dibebaskan walaupun ditawarkan parol kerana berpendapat bahawa mereka akan terselamat daripada wabak maut Covid-19 sekiranya terus berada di dalam penjara, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Seramai 21 banduan baru-baru ini enggan menerima tawaran pembebasan awal atau parol oleh kerajaan yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di penjara.

Salah seorang daripada mereka ialah Ashish Kumar yang menjalani hukuman penjara enam tahun di sebuah penjara di Meerut atas kesalahan mendorong isterinya membunuh diri.

“Kami telah menghantar permohonannya (untuk kekal di dalam penjara) kepada kerajaan untuk diluluskan.

“Kelulusan itu membolehkan dia kekal di penjara sehinggatempoh hukumannya selesai,” kata Penguasa Kanan Penjara Meerut, BP Pandey.

Selain Ashish, 20 banduan lain di lapan buah penjara di negeri Uttar Pradesh turut dilaporkan ingin kekal berada di kurungan mereka, lapor agensi berita Press Trust of India.

“Mereka berpendapat akan hidup lebih baik di dalam penjara.

“Ada juga yang mendakwa sekiranya dibebaskan, mereka akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan serta kemudahan penjagaan kesihatan.

“Banduan-banduan tersebut berkata, pemeriksaan kesihatan dilakukan secara kerap di dalam penjara dan mereka turut mendapat makanan mengikut waktunya, selain selamat daripada jangkitan Covid-19,” kata Ketua Pengarah Pentadbiran Penjara, Anand Kumar.

Pada awal bulan lepas, Mahkamah Agung mengarahkan pihak pengurusan penjara di negara itu mengambil langkah untuk mengurangkan kesesakan di dalam penjara ketika India menghadapi gelombang kedua wabak Covid-19. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI