fbpx
Mayat seorang warga emas ditutup dengan payung ketika polis menjalankan siasatan berhampiran pusat beli-belah di Lembah Sireh hari ini.

Ajal selepas beri ternakan biri-biri makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas memberi makan biri-biri ternakannya di Lembah Sireh di sini hari ini.

Mayat mangsa, Ramli Sulaiman, 69, ditemui oleh seorang penghantar makanan di kawasan lampu isyarat berhampiran sebuah pusat beli-belah di sini kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, mayat mangsa dijumpai dalam keadaan tertiarap kira-kira 50 meter dari rumahnya.

“Pemeriksaan awal terhadap mayat itu mendapati tiada sebarang kesan yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

“Mangsa ditemui lengkap berpakaian baju-T berkolar warna putih, berseluar biru gelap dan memakai topi warna merah,”katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, isteri mangsa turut memaklumkan bahawa mangsa keluar berjalan kaki dari rumah kira-kira pukul 10.30 pagi untuk memberi makan kambing biri-biri ternakannya.

“Berdasarkan keterangan isteri, mangsa juga didapati mempunyai sejarah penyakit jantung,”katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI