fbpx

31,465 sukarelawan diperlukan untuk bantu KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 31,465 sukarelawan melibatkan kesihatan dan bukan kesihatan diperlukan bagi membantu Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani pandemik Covid-19 terutamanya dalam situasi semasa yang kini semakin buruk.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 10,332 sukarelawan kesihatan diperlukan, manakala sukarelawan bukan kesihatan diperlukan adalah seramai 21,133 orang.

Menurutnya, KKM menerima 9,574 bilangan permohonan sukarelawan setakat ini sejak ia diiklankan pada 27 Mei lalu.

“Jumlah tersebut melibatkan sebanyak 4,901 permohonan sukarelawan kesihatan dan sebanyak 4,367 permohonan bagi sukarelawan bukan kesihatan,” katanya kepada Kosmo!.

Beliau berkata, bagi sukarelawan kesihatan, mereka perlu menjalani tapisan terlebih dahulu sebelum digerakkan ke lapa­ngan.

“Pada masa ini, seramai 76 sukarelawan telah berada di lapangan, manakala seramai 43 lagi sukarelawan akan melapor diri,” katanya.

Terdahulu, KKM menyeru masyarakat bagi penglibatan sebagai sukarelawan kesihatan dalam membantu kementerian tersebut menangani penularan pandemik Covid-19.

Dr. Noor Hisham menerusi perkongsiannya di Facebook sebelum ini memberitahu, tenaga sukarelawan ini amat diperlukan bagi meringankan beban dipikul petugas-petugas kesihatan KKM di seluruh negara.

Berdasarkan poster yang dikongsikan beliau, syarat ditetapkan untuk menjadi sukarelawan tersebut iaitu berusia 18 hingga 60 tahun, sihat dan cergas secara fizikal dan mental, tidak mengandung bagi wanita serta telah mendapat kebenaran daripada majikan bagi yang bekerja.

Selain itu, mereka bukan anggota KKM pula perlu sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan serta tiada sejarah kontak rapat dengan kes Covid-19 dalam masa 14 hari.

Mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, boleh melengkapkan borang di pautan https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9, manakala sebarang pertanyaan lanjut boleh mengemukakan e-mel kepada [email protected].

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI