fbpx
Keadaan jalan utama Taman Desa Indah Putera, Sepang yang teruk akibat menjadi laluan kenderaan berat. Foto Ihsan penduduk

Penduduk khuatir ancaman keselamatan jalan rosak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Kira-kira 440 penduduk Taman Desa Indah Putera di sini khuatir dengan ancaman keselamatan mereka susulan tindakan kenderaan berat yang sering melalui jalan utama kawasan perumahan tersebut sehinggakan mengakibatkan kerosakan jalan dan infrastruktur awam lain.

Lebih membimbangkan, masalah yang berlarutan sejak tahun 2016 itu turut mengundang pelbagai masalah lain seperti pencemaran bunyi, debu dan habuk serta membahayakan nyawa penunggang motosikal.

Wakil penduduk, Mohd. Shukri Mohd. Said, 43, berkata, kebelakangan ini, semakin banyak kenderaan berat seperti lori dan treler melalui jalan utama ke kawasan perumahan terbabit.

“Terdapat tiga pembinaan aktif di sekitar kawasan perumahan ini, menyebabkan kenderaan berat keluar masuk tanpa mengira waktu.

“Situasi ini mengakibatkan kerosakan jalan malah ada antara keadaan jalan berlubang teruk dengan kedalaman mencecah 15 sentimeter,” katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi hari ini.

Katanya, sebagai penduduk, sudah tentu mereka berasa sangat bimbang dan tertekan.

“Lebih merisaukan kami adalah keselamatan penduduk terutamanya penunggang motosikal yang turut menggunakan laluan sama tidak kira siang ataupun malam dan ada sesetengah lori itu dipandu dengan laju,” katanya. – K! ONLINE

 

POPULAR