fbpx

Lim Kok Wing meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kok Wing

PETALING JAYA – Pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing (LUCT), Tan Sri Lim Kok Wing disahkan telah meninggal dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh pembantunya hari ini.

Bagaimanapun, maklumat lebih lanjut berhubung berita berkenaan akan dimaklumkan kelak.

Difahamkan, mendiang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pantai Kuala Lumpur pagi tadi.

Minggu lalu Kosmo! melaporkan Kok Wing dimasukkan ke hospital selepas terjatuh tetapi berada dalam keadaan stabil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI