fbpx

Hafizh akui jentera ‘lembik’ di jalan lurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAFIZH mengaku belum berpuas hati dengan prestasi jentera yang sedikit perlahan pada laluan lurus ketika bersaing pada GP Itali di Litar Mugello kelmarin.

Pelumba negara belum puas hati prestasi motosikal

AKSI pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah pada Grand Prix (GP) Itali di Litar Mu­gello kelmarin wajar diberikan pujian selepas dia menamatkan perlumbaan itu di tempat ke­sembilan.

Biarpun mencatat keputusan terbaik musim ini, namun pelumba berusia 27 tahun itu masih belum berpuas hati dengan prestasi jentera yang sedikit perlahan pada laluan lurus.

Kata Hafizh, dia terpaksa mencari peluang untuk memintas pelumba lain ketika mengambil selekoh selain menggunakan ke­lebihan semasa melakukan brek.

“Saya bersyukur dapat menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan selepas dipintas pada saat akhir oleh (Cameron) Beaubier kerana sukar untuk dapatkan kelajuan di laluan lurus.

“Sebenarnya ketika selekoh terakhir, saya sudah cuba untuk jarakkan diri dengan pelumba di belakang tetapi jentera masih kurang dari segi aerodinamik bagi mendapatkan kelajuan yang dimahukan.

“Selain itu, saya juga banyak dipintas pelumba-pelumba lain di laluan lurus sehingga menyebabkan saya mencari alternatif dengan memintas mereka ketika di selekoh,” kata bekas pelumba Yamaha Tech 3 itu.

Pada masa sama, Hafizh juga mendedikasikan perlumbaan itu kepada pelumba Moto3, Jason Dupasquier yang meninggal dunia­ selepas terlibat dalam insiden ngeri ketika sesi kelayakan Sabtu lalu.

“Perlumbaan ini adalah untuk Jason yang sudah meninggalkan kita semua. Selain itu, terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan serta percaya dengan kemampuan saya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI