fbpx

7,105 kes dilapor hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Sebanyak 7,105 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 579,462 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,068 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 817 kes dan Sarawak sebanyak 703 kes.

“Selain itu, Kelantan (531 kes), Johor (431 kes), Pulau Pinang (400 kes), Negeri Sembilan (397 kes), Perak (387 kes), Sabah (318 kes), Melaka (249 kes), Kedah (236 kes), Terengganu (198 kes), Pahang (190 kes) dan Labuan (162 kes).

“Putrajaya pula merekodkan 18 kes manakala, tiada jangkitan baharu di Perlis hari ini,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI