fbpx

Tindakan tegas terhadap pengkhianat penghadang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rahim (dua dari kanan) memantau pemasangan penghadang jalan di Kampung Tiruk, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Polis memberi amaran kepada mana-mana pihak agar tidak melakukan perbuatan khianat dengan mengalih atau merosakkan penghadang jalan raya yang diletakkan di sempadan bandar raya ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk bertindak tegas terhadap sebarang perbuatan vandalisme melibatkan
penghadang jalan raya tersebut.

“Sebanyak 10 laluan alternatif keluar dan masuk daerah Kuala Terengganu telah ditutup ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 21 mukim daerah ini sehingga 12 Jun depan.

“Kita tidak menolak kemungkinan bilangan penutupan laluan alternatif itu akan meningkat dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya ketika memantau pemasangan penghadang jalan di sempadan daerah ini dan Hulu Terengganu di Kampung Tiruk di sini hari ini.

Awal bulan ini, berlaku insiden penghadang plastik serta kawat duri yang diletakkan di laluan tikus di Kampung Gong Lapang, Besut telah dibakar individu tidak bertanggungjawab.

Abdul Rahim berkata, kesemua laluan yang ditutup termasuk jalan tikus tersebut akan sentiasa dipantau pasukan peronda polis yang melakukan tinjauan secara berkala.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai agar kekal di rumah masing-masing dan mereka yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) bakal berdepan tindakan kompaun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI