fbpx

Mohon surat daripada MCMC untuk kebenaran beroperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Industri telekomunikasi dan multimedia perlu memohon kebenaran beroperasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh Fasa 1 yang bermula esok sehingga 14 Jun depan.

MCMC dalam satu kenyataan berkata, pihaknya telah diberikan kuasa oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi kepada para pemegang lesen daripada MCMC yang dikategorikan sebagai perkhidmatan perlu di bawah seliaan kementerian tersebut iaitu sektor telekomunikasi dan internet, penyiaran serta pos dan kurier.

“Permohonan hanya boleh dibuat oleh pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Akta Perkhidmatan Pos 2012 dan Akta Tandatangan Digital 1997.

“Hanya pemegang lesen di bawah sektor-sektor yang dikenal pasti sebagai perkhidmatan perlu boleh membuat permohonan kebenaran beroperasi dan pergerakan bagi pihak syarikat dan syarikat-syarikat vendor di dalam rantaian perkhidmatan mereka kepada MCMC menerusi e-mel [email protected],” katanya

Jelas MCMC, senarai aktiviti dan skop perkhidmatan yang dibenarkan merangkumi operasi penyelenggaran, pusat perkhidmatan pelanggan, pusat data dan keselamatan siber, pembangunan dan sokongan IT serta pemasangan menara telekomunikasi.

“Manakala, bagi aktiviti penyiaran merangkumi pusat panggilan, operasi dan penyelenggaran serta produksi program meliputi berita, rencana, kandungan tempatan untuk penyebaran maklumat.

“Sementara itu bagi pos dan kurier pula terdiri perkhidmatan logistik, perkhidmatan penghantaran dan gudang atau hub penerimaan pengasingan,” katanya.

MCMC berkata, kebenaran bersyarat kepada pemegang lesen memerlukan pemegang lesen bertanggungjawab terhadap rantaian perkhidmatan yang dipohon.

“Kebenaran bersyarat ini adalah tertakluk kepada sebarang pindaan dan peraturan baharu yang dikeluarkan oleh kerajaan dan akan terbatal sekiranya terdapat sebarang pelanggaran terhadap mana-mana peraturan yang ditetapkan,”katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI