fbpx

Melaka tangguh majlis nikah, cerai, rujuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) menangguhkan semua perkhidmatan nikah, cerai dan rujuk (NCR) sepanjang tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dari 1 hingga 14 Jun ini.

Pengarahnya, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, pengecualian nikah hanya dibenarkan kepada pasangan yang telah mendapat kebenaran sepanjang tempoh berkenaan.

Begitupun, menurutnya, majlis akad nikah hanya boleh dibuat di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) atau di mana-mana lokasi yang mendapat kebenaran pihaknya.

“Kehadiran untuk pasangan yang dibenarkan bernikah hanya perlu dihadiri sebanyak enam orang. Selain dua pasangan pengantin ialah jurunikah, wali dan dua saksi daripada PAID atau JAIM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Che Sukri menambah, majlis akad nikah perlu berlangsung dalam tempoh 15 minit termasuk khutbah ringkas dan lafaz taklik.

“Hanya mas kahwin dan dokumen berkaitan sahaja dibenarkan sewaktu majlis akad nikah diadakan.

“Majlis akad nikah akan dibatalkan sekiranya pasangan pengantin atau keluarga tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau salah seorang pengantin didapati positif Covid-19,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan, sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh, semua urusan kaunter NCR secara bersemuka akan ditutup sepenuhnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI