fbpx
Anggota bomba membantu proses pemindahan dan pengebumian jenazah pesakit Covid-19 pada petang tadi.

Bomba bantu kebumi lelaki obesiti positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tikam Batu membantu memindahkan jenazah pesakit Covid-19 yang mempunyai masalah obesiti di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, petang ini.

Difahamkan, lelaki berusia 27 tahun yang mempunyai berat badan kira-kira 190 kilogram itu meninggal dunia di HSAH pada pukul 2.44 pagi tadi selepas tiga hari bertarung nyawa di hospital tersebut.

Ketua BBP Tikam Batu, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Syukri Hashim berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada pukul 3.37 petang tadi.

Katanya, anggotanya tiba di HSAH pada pukul 4 petang untuk urusan mengambil jenazah sebelum dibawa ke tanah perkuburan.

“Operasi melibatkan 11 anggota dari BBP Tikam Batu menggunakan sebuah lori dan tiga kenderaan utiliti serta turut diiringi kenderaan peronda polis dari hospital ke tanah perkuburan.

“Anggota bomba turut membantu proses pengebumian di tanah perkuburan dan operasi selesai sepenuhnya pada pukul 6.13 petang,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI