fbpx

Amyza bersyukur anak hanya cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amyza bersyukur anaknya, Andre (kiri) hanya mengalami cedera ringan selepas terlibat dalam satu kemalangan malam semalam.

PETALING JAYA – Diuji namun pelakon Amyza Aznan tetap meluahkan kesyukuran apabila anak sulungnya, Andre Mikhail, 18, hanya mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan, malam tadi.

Katanya, buat masa ini anak sulungnya itu diminta berehat di rumah selepas mendapatkan rawatan dan suntikan di sebuah klinik.

“Terima kasih Allah kerana melindungi anakku. Saya bersyukur kerana ini ujian baharu buat saya dan anak-anak.

“Bagi saya ini peringatan daripada Allah kerana Dia tahu saya sangat sayangkan anak-anak.

“Setiap ujian Allah ada kenikmatannya walaupun pahit. Hanya reda dan jangan menuding jari serta selesaikan dengan baik. Insya-Allah,” katanya.

Difahamkan ketika kejadian yang berlaku di kawasan kediaman mereka di Ampang, mereka baharu pulang dari studio rakaman.

Andre yang balik berasingan dengan membonceng motosikal rakannya dilanggar kenderaan yang masuk ke simpang secara tiba-tiba tanpa memberikan lampu isyarat.

Amyza turut berkongsi video kecederaan Andrea di InstaStory, yang menunjukkan luka pada bahagian lengan dan kaki seakan tersagat jalan bertar.

Pelakon siri Mat Dispatch itu sempat menasihatkan pengguna jalan raya yang lain supaya jangan mementingkan diri sendiri.

” Pesanan buat semua yang mahu masuk simpang tolonglah bagi lampu isyarat. Saya tak marah. Saya dalam keadaan tenang,” tambahnya.

Keadaan kaki Andre yang mengalami luka akibat kemalangan semalam.

Selain Andre, menerusi perkahwinannya dengan Khairil Idzhar, mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata, Adrian Adam, 15, dan Ayden Andika, 9.

Sebelum ini pada Oktober 2019 Amyza pernah berdepan dugaan apabila suaminya mengalami lumpuh berikutan serangan angin ahmar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI