fbpx
AYU dan Zaquan menerima kehadiran anak kelima mereka yang merupakan bayi lelaki.

Ayu Raudhah selamat timang anak kelima

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Ayu Raudhah dilaporkan selamat melahirkan anak kelima iaitu bayi lelaki semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri suaminya yang juga pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha dalam InstaStory miliknya.

Dalam perkongsian berkenaan, Zaquan memberitahu isteri dan anaknya berada dalam keadaan baik serta mengucapkan terima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan mereka.

“Alhamdulillah terima kasih atas doa dan ucapan kalian. Ibu dan bayi lelaki sihat dan selamat,” tulis Zaquan.

Menerusi hantaran sama, Zaquan turut berkongsi foto tangan anak kelimanya itu tanpa mendedahkan wajahnya.

Untuk rekod, Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, dan Muhammad Aisy Khaliq, 2. – K! ONLINE