fbpx

Aliran trafik sesak menghala pantai timur, selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar-gambar keadaan lalu lintas yang dikongsikan Noor Hisham di Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Berbaki dua hari menjelang ‘total lockdown’, aliran trafik sesak teruk di Tol Gombak dan Tol Sungai Besi, hari ini.

Trafik didapati sesak di kedua-dua tol menghala ke pantai timur dan selatan tanah air yang dirakam sekitar pukul 10 pagi tadi.

Gambar aliran trafik itu tular di sebuah page di laman sosial Facebook sebentar tadi hingga mendatangkan kemarahan dan kecaman oleh netizen.

“Nak balik kampung ler tu,” demikian komen Kamarul Afendi.

“Bawak lah sekali Covid ke kampung halaman masing-masing dan sebarkan sekali di sana ya…, ” tulis Zan Haziq.

“Macam ni punya perangai, 10 kali buat ‘lockdown’ pun tak jadi ape,” Ikram Kadir.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meminta kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang merentas negeri tanpa surat kebenaran termasuk mengambil peluang ‘lockdown’ untuk balik ke kampung.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara selama 14 hari, bermula Selasa ini hingga 14 Jun depan.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam berkata, menerusi ‘total lockdown’ atau perintah berkurung penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI