fbpx

‘Transporter’ tidak sempat seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki bertindak sebagai 'transporter' ditahan bersama dua PATI Indonesia dalam Ops Benteng di Jalan Kampung Sinaran Harapan, Pekan Nanas, Pontian, Johor, semalam.

PONTIAN – Seorang lelaki yang berperanan sebagai ‘transporter’ tidak sempat seludup pendatang asing tanpa izin ( PATI ) apabila kegiatannya berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Dalam kejadian pukul 9 pagi semalam, lelaki berusia 52 tahun itu ditahan di Jalan Kampung Sinaran Harapan, Pekan Nanas, di sini.

Menurut Pengawai Pemerintah, Batalion 5, Pasukan Gerakan Am ( PGA ), Simpang Renggam, Superintendan Awang Dimin, ketika tangkapan dilakukan, turut berada di lokasi kejadian adalah dua orang lelaki warganegara Indonesia.

Ujarnya, mereka masing-masing berusia 30 dan 47 tahun ditahan di dalam sebuah kereta Proton Wira yang digunakan suspek.

“Hasil siasatan lanjut, kedua-dua lelaki tersebut mengakui telah memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan disini, hari ini.

“Selain tangkapan, sebuah kereta Proton Wira yang digunakan bagi menghantar kedua- dua PATI berharga RM9,500 serta mata wang Rupiah Indonesia sebanyak RP3 juta (RM867.61) turut dirampas.

“Kesemua barangan rampasan dan tangkapan suspek telah dihantar ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Pontian bagi tindakan selanjutnya,”katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 26(a) Akta Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI