fbpx

Lima negeri makin kritikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kadar penggunaan katil di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di lima buah negeri telah mencecah 100 peratus menyebabkan perkhid­matan kesihatan kini berada pada tahap genting.

Lima negeri itu melibatkan Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Sarawak berikutan pe­ningkatan kes jangkitan Covid-19 secara mendadak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, pihak­nya terpaksa menukar fungsi kegunaan katil di wad biasa kepada katil Covid-19 dan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menghadapi pertambahan pesakit koronavirus yang terus meningkat.

Menurutnya, sehingga kelmarin terdapat sebanyak 9,689 katil di hospital dan 25,605 katil di PKRC yang disediakan kementerian khusus bagi menempatkan pesakit Covid-19.

“Buat masa ini, kadar penggunaan katil bagi tujuan berkenaan telah mencecah 75 peratus daripada kapasiti keseluruhannya. Ini meliputi kesemua lebih 140 buah hospital awam di bawah kementerian di samping puluhan PKRC di seluruh negara.

“Bagaimanapun, ada negeri yang sudah menghampiri paras 100 peratus iaitu di Johor, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Selangor ekoran peningkatan mendadak kes itu,” katanya pada sidang akhbar secara maya semalam.

Adham memberitahu, kementerian telah mendapat kerjasama baik daripada hospital pengajar Kementerian Pengajian Tinggi yang bersetuju fasiliti mereka digunakan untuk pesakit Covid-19.

Antaranya ialah Pusat Perubatan Universiti Malaya, Universiti Teknologi Mara, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan terbaharu Universiti Kebangsaan Malaysia.

“Pihak kami juga menyambut baik kesediaan 110 buah hospital swasta khususnya di Lembah Klang yang bersetuju merawat pesakit Covid-19.

“Ia melibatkan sejumlah 1,173 katil wad dan 119 katil ICU kerana ada pesakit yang memohon me­nerima rawatan di hospital swasta dengan sanggup bayar caj lebih tinggi,” ujarnya.

Adham memberi jaminan pihaknya akan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pertambahan pesakit baharu Covid-19 di seluruh negara.

Bagaimanapun, pada waktu yang sama, beliau memohon kerjasama masyarakat untuk kekal mematuhi norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan jangkitan Covid-19.

Di Kota Bharu, Pengarah PKRC Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yacob berkata, setakat ini, penggunaan katil di 12 PKRC di negeri itu sudah melebihi 95 peratus.

Katanya, PKRC di Kelantan kebiasaannya akan penuh dengan pesakit dalam tempoh 72 jam.

Ketika ini, tiga varian yang membimbangkan negara iaitu Afrika Selatan, United Kingdom dan India kerana mudah mere­bak dan mereka yang dijangkiti berisiko tinggi untuk mendapat gejala yang teruk sehingga terpaksa dirawat di ICU.

Semalam, Malaysia terus merekodkan bilangan kes baharu Covid-19 tertinggi apabila seba­nyak 7,857 kes dilaporkan de­ngan Selangor mencatatkan 2,675 kes, Sarawak (772), Kelantan (754), Kuala Lumpur (561), Johor (549) dan Pulau Pinang (365).-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI