fbpx

Cools sarung jersi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COOLS (kiri) dikatakan sedia menyertai skuad Harimau Malaya di Dubai, UAE, namun tiada pengesahan rasmi bahkan FAM ambil pendekatan ‘kunci mulut’. - AFP

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk ‘kunci mulut’ selepas terdapat spekulasi bahawa pemain negara yang berpangkalan di Eropah, Dion Cools akan me­nyertai skuad Harimau Malaya minggu depan.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya ketika ini berada di Manama untuk mengharungi aksi persahabatan menentang Bahrain awal pagi esok sebelum ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bagi melengkapkan baki saingan kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 yang bermula 4 Jun depan.

Cools yang memiliki darah kacukan Malaysia-Belgium difahamkan bersetuju untuk menyarung jersi Harimau Malaya buat kali pertama meskipun sebelum ini dia ada mewakili pasukan kebangsaan Belgium ketika remaja.

Lebih menarik, kelab Denmark yang diwakili oleh Cools, FC Midtjylland telah mengesahkan bahawa pemain pertahanan berusia 25 tahun itu akan bersama Malaysia di Dubai sebelum menarik semula kenyataan di laman rasmi mereka serta-merta awal pagi semalam.

KENYATAAN yang dikeluarkan FC Midtjylland di laman rasmi mereka sebelum ia ditarik semula serta-merta.

“Dion Cools dipanggil bermain dengan Malaysia untuk pertama kali dalam kariernya. Dia membuat sejumlah 28 penampilan bersama pasukan remaja Belgium, namun ibunya yang berasal dari Malaysia membolehkannya menukar pasukan nasional dengan menyertai skuad Malaysia,” tulis FC Midtjylland sebelum menarik semula kenyataan tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam turut enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan Midtjylland sebaliknya berharap peminat negara menunggu kenyataan lanjut dalam masa terdekat.

“Saya tidak boleh komen me­ngenai kenyataan itu. Kami akan membuat pengumuman lanjut selepas ini,” katanya kepada Kos­mo! secara ringkas semalam.

Cools yang berasal dari Ku­ching, Sarawak telah membuat tiga penampilan dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan dua kali bertemu Ajax Amsterdam, dan satu kali bersaing dengan kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI