fbpx

Nad Zainal bingung, dituduh dapat layanan ‘double standard’ daftar vaksin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERKONGSIAN Nad Zainal dalam Instagramnya mempersoalkan satu ciapan pengguna Twitter yang memetik namanya berhubung pendaftaran vaksin semalam.

PETALING JAYA – Tidak semena-mena, pelakon Nad Zainal dipetik seorang netizen dalam Twitter yang memuat naik ciapan seakan-akan memberi bayangan bahawa dia mendapat layanan ‘double standard’ ketika mendaftar slot suntikan vaksin AstraZeneca semalam.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 31, menerusi perkongsian Instagramnya memuat naik tangkap layar ciapan seorang individu yang membuat dakwaan tersebut.

“Hahah Nad Zainal kata, seorang saja ahli keluarga dia tak sempat daftar untuk vaksin tadi. Ooo sekarang fahamlah. Korang faham tak?” ciapnya.

“Ada duit, jalan ini macam,” balas seorang pengguna lain.

Nad bagaimanapun yang bingung dengan maksud sebenar dakwaan individu itu berkata, dia juga sama seperti orang lain apabila terpaksa menekan banyak kali butang ‘i am not robot’ semalam gara-gara masalah teknikal dialami laman web pendaftaran vaksin.

“Apa dia cuba cakap eh? Aku penat tau tekan butang ‘i am not robot’. Mak aku sampai ke sudah tak lepas. Duit apa yang jalan? Sekarang Covid-19, kita tak boleh jalan, apatah lagi duit,” tulisnya.

Demi mencari jawapan untuk kenyataan tidak jelas daripada individu tersebut, Nad turut memuat naik hantaran sama dalam InstaStorynya dengan meminta penjelasan sebenar.

“Saya ni bukan kaki gaduh mahupun membawang. Cuma nak tahu Cik Ayuni, apa kesinambungan ‘korang faham tak’ tu. Sila bagi pencerahan.

“Tulis biar jelas. Ada cara lain ke? Sebab kalau ada, nak daftar untuk keluarga belah suami pula. Ni mak kita pun tak lepas. Kalau ada cara lain, apa caranya tu Ayuni? Nampak macam awak lagi tahu,” tulisnya.

Menjengah laman Twitter, ciapan individu tersebut bagaimanapun sudah dipadamkan meskipun Nad sempat bertanyakan soalan tentang maksud sebenar kenyataannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI