fbpx

Konate tiba, Kabak perlu pergi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONATE (kiri) bakal tiba di Anfield selepas Liverpool bersedia untuk mengaktifkan klausa perpindahannya dari Leipzig. – AFP

LIVERPOOL – Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan bernilai £35 juta (RM205.4 juta) dengan pemain pertahanan RB Leipzig, Ibrahima Konate berserta kontrak selama lima tahun.

Ia selepas pengurus The Reds, Jurgen Klopp dilaporkan tidak berminat untuk mendapatkan Ozan Kabak secara tetap selepas meminjam khidmat bek tengah Turki itu daripada kelab Jerman, Schalke 04 musim ini.

Sebaliknya, Klopp, 53, memberi ‘lampu hijau’ kepada pihak pengurusan Liverpool untuk membeli Konate memandangkan pemain berusia 22 tahun itu dirasakan mampu menyelesaikan krisis di bahagian pertahanan kelab tersebut.

Difahamkan, juara Eropah 2019 dan juara EPL 2020 itu bila-bila masa sahaja akan mengaktifkan klausa perpindahan Konate bernilai £35 juta (RM205.4 juta) yang perlu dibuat dalam satu jumlah bayaran sekali gus.

Ia bermakna Kabak perlu mencari kelab baharu memandangkan Schalke juga dikatakan sedia menjualnya dengan harga £18 juta (RM105.6 juta) selepas kelab berkenaan jatuh ke divisyen dua musim depan.

Bagaimanapun, pemain ber­usia 21 tahun itu tidak perlu bimbang kerana Leipzig dikatakan sedang mencari pengganti Konate, manakala Leicester City juga antara pasukan yang disebut-sebut akan cuba mendapatkan khidmatnya selepas ini.

Dalam perkembangan lain, pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum dilaporkan semakin hampir untuk menandatangani kontrak dengan jaguh Sepanyol, Barcelona selama tiga tahun secara perpindahan percuma.

Wijnaldum berkemungkinan besar akan bergandingan dengan seorang lagi bintang EPL yang bakal menjadi pemain baharu The Catalan musim depan iaitu penjaring terbanyak sepanjang zaman Manchester City, Sergio Aguero. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI