fbpx

Ditanya sakit kronik apa, Eina Azman kunci mulut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAH, Eina Azman dan suami telah mendapat suntikan vaksin di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh atas faktor kesihatan.

PETALING JAYA – Selebriti Datin Eina Azman yang didakwa ‘potong Q’ bagi tujuan mendapatkan vaksin di sebuah hospital di Ipoh, Perak bersama suami bertindak mendiamkan diri apabila didekati media melalui panggilan telefon dan pesanan WhatsApp.

Eina atau nama sebenarnya, Ainur Syakina Azman, 26, semalam mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dikatakan mendapatkan vaksin menggunakan jalan pintas bersama suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

Ironi, hari ini, Pihak Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan Eina dan suami menerima suntikan vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di hospital itu kelmarin.

Pengarah HRPB, Dr. Abdul Malek Osman berkata, kelayakan pemberian vaksin kepada Eina dan suaminya diputuskan berdasarkan rujukan doktor pakar atas masalah kesihatan dan komorbid yang dihadapi mereka.

Katanya, pemberian suntikan vaksin untuk fasa kedua diberi keutamaan kepada golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu yang mempunyai komorbiditi serta golongan berisiko tinggi.

KENYATAAN media pihak hospital berhubung isu Eina dan suami ‘potong Q’ untuk suntik vaksin.

“Pihak hospital mengambil maklum isu tular dalam laman sosial berkaitan seorang artis wanita dan pasangan yang didakwa telah memotong barisan dan mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Ipoh.

“Berdasarkan semakan, tiada isu potong barisan membabitkan pemberian suntikan vaksin itu kerana pasangan terbabit telah dimasukkan ke dalam senarai penerima atas nasihat doktor pakar kerana dikategorikan dalam golongan berisiko tinggi.

“Pasangan itu menerima suntikan berkenaan di PPV HRPB pada 25 Mei lalu,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Terdahulu, selepas mendapati hantaran status mendapatkan vaksin di HRPB mula viral di media sosial, Eina bertindak memadam hantaran berkenaan yang dimuat naik sedangkan kebanyakan orang awam bertungkus-lumus berebut vaksin AstraZeneca semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI