fbpx

Buang sisa kumbahan haram di taman perumahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai JAS Selangor menyita lori tangki yang digunakan seorang lelaki bagi membuang sisa kumbahan di taman perumahan di Puchong.

SHAH ALAM – Taktik licik melupuskan enap cemar atau sisa kumbahan secara haram di kawasan perumahan D’ Alpinia, Puchong, dekat sini terbongkar menerusi penahanan seorang lelaki, semalam

Dalam operasi pukul 11 pagi, suspek lelaki berusia 21 tahun ditangkap Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor bersama lori tangki yang digunakannya.

Pengarahnya, Nor Aziah Jaafar berkata, kejayaan itu hasil maklumat awam terhadap kegiatan kacau ganggu yang menyebabkan bau busuk dan pencemaran aliran air di kawasan tersebut.

Pegawai JAS Selangor mengambil sampel sisa yang dibuang di lurang kumbahan sebuah taman perumahan di Puchong.

Menurutnya, pasukan penguatkuasa telah digegaskan ke lokasi dan menemui tapak pembuangan haram enap cemar kumbahan berhampiran sebuah alur air dan dalam lurang kumbahan berdekatan.

“Penjejakan seterusnya berjaya menemui lori tangki yang digunakan dalam kegiatan berkenaan dan telah disita.

“Turut diberkas seorang pemandu lori bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau memberitahu, siasatan awal mendapati aktiviti pembuangan tersebut kononnya untuk mengosongkan lori tangki dan telah dilakukan sejak setahun lalu termasuk di beberapa lokasi lain.

Kata Nor Aziah, sisa tersebut adalah daripada tangki-tangki septik perumahan dan industri di sekitar Banting dan Klang.

Lokasi pembuangan enap cemar kumbahan di kawasan berhampiran alur air di taman perumahan di Puchong.

“Berdasarkan kehendak perundangan, enap cemar kumbahan daripada pengosongan tangki-tangki septik hendaklah dilupuskan di tapak yang diluluskan oleh JAS.

“Beberapa sampel bahan bukti telah diambil bagi melengkapkan kertas siasatan atas kesalahan melupuskan enapcemar kumbahan tanpa kelulusan.

Beliau menegaskan kes disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI