fbpx

80 peratus penduduk ibu kota divaksin menjelang Oktober -Annuar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan mensasarkan lebih 80 peratus penduduk di ibu kota menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, angka tersebut diharapkan dapat dicapai menjelang bulan Oktober tahun ini dengan pelbagai langkah telah dilaksanakan.

“Antara usaha yang sedag dijalankan seperti, Trak Vaksin Bergerak MYMedic@WIlayah serta penglibatan klinik swasta selain daripada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang disediakan.

“Kita juga mensasarkan sebanyak 5,000 dos sehari melalui perkhidmatan tujuh buah trak vaksin tersebut bersama tujuh buah klinik swasta yang terlibat sama di dalam program vaksinasi percuma ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas meninjau program vaksinasi untuk gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Anjung Kelana, Taman Desa di sini hari ini.

Annuar menambah, setakat hari ini pihaknya menerima kira-kira 60 permohonan daripada klinik swasta sekitar ibu kota untuk menjadi pusat vaksin.

“Daripada jumlah itu sebanyak 29 permohonan telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

“Baki klinik yang lain masih menunggu keputusan daripada KKM untuk disemak bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan,” ujarnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI