fbpx

Saintis dakwa umur maksimum manusia 150 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsyen - para penyelidik berpendapat bahawa pada usia sekitar 120 hingga 150 tahun, tubuh manusia menunjukkan 'kehilangan ketahanan sepenuhnya' - Tokiotours

LONDON – Sekumpulan penyelidik percaya bahawa mereka telah mengenal pasti had umur maksimum yang boleh dicapai manusia ialah 150 tahun, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Had umur itu melepasi umur manusia tertua di dunia iaitu wanita Perancis, Jeanne Calment. Dia meninggal dunia pada 1997 ketika berusia 122 tahun.

Kumpulan saintis berkenaan menerbitkan hasil kajian mereka dalam jurnal Nature Communications baru-baru ini.

Had umur itu dikenal pasti selepas mereka melakukan kajian menggunakan aplikasi iPhone dan data perubatan yang diperoleh daripada sukarelawan di Britain dan Amerika Syarikat (AS).

Kecerdasan buatan (AI) digunakan untuk menganalisis maklumat berkaitan kesihatan dan kecergasan. Kumpulan penyelidik itu membuat rumusan tersebut berdasarkan dua kelompok data termasuk usia biologi yang berkait rapat dengan dengan tekanan, gaya hidup dan penyakit kronik.

Berdasarkan maklumat kajian, pasukan penyelidik tersebut berpendapat bahawa pada usia sekitar 120 hingga 150 tahun, tubuh manusia menunjukkan ‘kehilangan ketahanan sepenuhnya’, yang mengakibatkan ketidakmampuan untuk pulih.

“Semakin kita berusia, semakin lama masa yang diperlukan untuk pulih daripada masalah kesihatan,” kata penulis kajian, Dr. Timothy V. Pyrkov. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI