fbpx

Jumpa ‘bungkusan’ dalam masakan, wanita tuduh rakan cuba santau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita ini memuat naik video menunjukkan perencah sup bunjut yang dituduh sebagai ‘ilmu hitam’. -TikTok

JAKARTA – Seorang wanita menuduh rakannya mahu menghantar sihir santau melalui masakan selepas terlihat satu bungkusan ‘aneh’ dalam masakan sup yang disediakan rakannya itu, lapor laman berita  Suara.com.

Wanita itu memuat naik hantaran video masakan sup yang disediakan rakannya melalui akaun TikTok @jannah_04_ selepas percaya rakannya itu berniat jahat.

“Saya datang ke rumah rakan dan ketika itu dia sedang masak.

“Selepas melihat masakannya, saya jumpa satu bungkusan berbalut di dalam sup. Saya yakin dia berniat untuk menghantar santau kepada saya jadi saya enggan makan masakan itu,” demikian kenyataan yang ditulis wanita tersebut pada video yang dimuat naik.

Dia juga menambah bahawa dia merakam video tersebut secara senyap dan berharap agar rakannya itu tidak menonton video yang dimuat naik.

Sebaik sahaja menyedari bahawa bungkusan itu merupakan sup bunjut, netizen yang menonton terus beramai-ramai ‘menyerang’ wanita itu di ruangan komen.

“Kalau masak soto banjar juga begitu, jika tidak digunakan (untuk masak sup), boleh juga dibaling ke kepala rakan yang curiga,” tulis seorang lagi netizen.

“Ternyata awak tidak pernah masak, itu merupakan rempahnya,” tulis netizen yang lain.

Video tersebut sudah ditonton sehingga 2 juta kali. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN