fbpx

CITF mohon maaf gangguan teknikal daftar vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Slot janji temu suntikan vaksin AstraZeneca habis ditempah dalam tempoh kurang sejam tengah hari tadi.

PUTRAJAYA – CITF mengambil maklum gangguan teknikal sewaktu tempahan slot janji temu vaksin AstraZeneca yang dibuka tengah hari tadi hingga menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran mengakses beberapa butang ciri laman web CITF.

Katanya, CITF memandang serius masalah teknikal yang dihadapi dan tindakan akan diambil kepada pihak yang berkenaan demi kepentingan awam dan negara.

“Pihak CITF mengambil maklum bahawa ramai rakyat yang berminat untuk divaksin tetapi telah gagal untuk membuat tempahan.

“Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi dan sentiasa terbuka untuk sebarang maklum balas serta teguran daripada semua pihak,” katanya.

CITF juga mengulangi bahawa individu yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan tetap mendapat suntikan vaksin di bawah PICK terutamanya apabila kadar vaksinasi ditingkatkan dalam bulan-bulan mendatang.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas sambutan baik orang ramai yang telah menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi memastikan negara mencapai imuniti kelompok seperti yang disasarkan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI