KOTA BHARU – Kelantan bakal menerima 40,000 dos vaksin jenis Sinovac bagi menjayakan program Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di negeri ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Husin berkata, bekalan vaksin dijangka akan diterima pada pada 27 Mei.
Menurutnya, dengan jumlah bekalan yang diterima itu, seramai 20,000 penerima akan menerima suntikan di bawah program imunisasi berkenaan.
“Bekalan tersebut merupakan dos tambahan bagi fasa kedua termasuk persiapan fasa ketiga PICK tidak lama lagi.
“Bagaimanapun, JKNK masih belum mendapat jumlah keseluruhan kuantiti bekalan vaksin tersebut bagi negeri Kelantan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.-K! ONLINE














