fbpx

Projek Qibla semak arah kiblat di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor (PAFNS) telah memperkenalkan perkhidmatan pemeriksaan arah kiblat dikenali sebagai Projek Qibla di rumah persendirian untuk kemudahan masyarakat di Selangor.

Setiausaha PAFNS, Ustaz Abdul Latip Ibrahim berkata, perkhidmatan itu diharap dapat membantu umat Islam yang mempunyai keraguan mengenai kedudukan arah kiblat yang sebenar di rumah mereka.

“Ia merupakan servis dari rumah ke rumah untuk menyemak, mengukur dan memperbetulkan arah kiblat di kediaman masing-masing supaya masyarakat tidak lagi berasa ragu-ragu untuk beribadah berpandukan arah kiblat yang tepat.

“Kami menggunakan kaedah data bearing matahari yang akan dilakukan petugas dari PAFNS dan ia dilakukan tanpa penggunaan kompas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, semakan arah kiblat amat penting kerana 1 darjah kedudukan arah yang tersasar bersamaan dengan jarak sejauh 122 kilometer dari Kaabah.

Tambahnya, pendaftaran secara online pemeriksaan arah kiblat di rumah persendirian telah dibuka sejak Jumaat lalu namun pergerakan petugas untuk proses pengukuran ditangguhkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

PAFNS ditubuhkan Jabatan Mufti Negeri Selangor dan bernaung di bawah Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) Majlis Agama Islam Selangor dan orang ramai boleh melawati laman Facebook Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI