fbpx

Model bangga miliki kaki gajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Geter aktif dalam menghasilkan kandungan di TikTok dan Instagram dengan menggunakan nama lymph.goddess23. - Instagram/lymph.goddess23

NEW YORK – Seorang model yang memiliki penyakit kaki gajah atau kaki untut tidak bercadang berhenti daripada meneruskan kerjayanya meskipun mendapat kecaman masyarakat, lapor akhbar Mirror UK, baru-baru ini.

Mahogany Geter, 23, dilahirkan dengan penyakit limfedema yang menyebabkan lebihan cecair terkumpul dan menyebabkan kaki kirinya membengkak dengan teruk sehingga boleh mencapai seberat 44 kilogram.

Apa yang dia mampu lakukan untuk meminimumkan bengkak itu adalah melakukan rutin fisioterapi dan urutan saliran limfa.

Menurut wanita itu, dia sering menerima kata-kata penghinaan namun berjaya bangkit untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya.

“Saya mahu memberi inspirasi kepada orang lain untuk meraikan perbezaan mereka.

“Kini, saya percaya bahawa saya seorang yang cantik dari dalam dan luar. Saya berbangga dengan apa yang badan saya boleh lakukan,” ujarnya.

Gadis tersebut aktif dalam menghasilkan kandungan di TikTok dan Instagram dengan menggunakan nama lymph.goddess23, di mana dia memiliki lebih 8,000 pengikut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN