fbpx

Kantoi dadah, Ilhoon kena 4 tahun penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ILHOON

SESI perbicaraan kedua membabitkan kes penyalahgunaan dadah penyanyi Ilhoon yang berlangsung di Mahkamah Daerah Pusat Seoul baru-baru ini memutuskan hukuman penjara selama empat tahun ke atasnya.

Selain hukuman tersebut, penyanyi itu juga didenda sebanyak 133 juta won (RM488,396).

Sebelum ini, bekas anggota kumpulan BTOB itu ditahan atas kesalahan menggunakan bahan terlarang jenis ganja bersama dengan tujuh lagi individu dari tempoh Julai 2016 hingga Januari 2019.

Kesemua mereka didapati membeli sebanyak 820 gram ganja menerusi 161 transaksi dengan jumlah keseluruhan bernilai 133 juta won (RM488,396).

Pada perbicaraan sebelum ini, Ilhoon membuat pengakuan bahawa dia telah mengambil bahan terlarang tersebut dan melakukan transaksi bagi pembelian berkenaan daripada seorang pengedar dadah.

Wakil peguam yang mewakilinya memberitahu, Ilhoon telah mengakui dan menyedari setiap kesalahan yang dilakukannya.

“Dia ketakutan ketika disiasat polis dan berdepan pendakwaan di mahkamah. Disebabkan memulakan kerjaya pada usia yang sangat muda, Ilhoon mengalami tekanan melampau.

“Dia cuba menghilangkan tekanan menerusi cara yang salah apabila menggunakan dadah,” kata peguam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI