fbpx

Tiga peniaga dikompaun RM50,000 hanya perlu bayar RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohd. Faisal (kiri) dan Mansah menunjukkan kompaun sebanyak RM50,000 yang diterima mereka selepas berniaga lebih masa pada 25 April lalu.

KOTA BHARU – Tiga peniaga di sini yang dikompaun sebanyak RM50,000 selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan berniaga melebihi masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bulan lalu hanya perlu membayar kompaun sebanyak RM2,000.

Tiga peniaga itu adalah peniaga burger, Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, 38, dari Kampung Rambutan Rendang, peniaga colek, Mohd. Azizi Mohd. Nor, 42 dari Kampung Chekok Tengah dan dan peniaga kedai runcit di Jalan Chempaka, Mansah Marjurin, 47.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin, berkata, Unit Inspektorat dan Perundangan Negeri, JKNK menerima semula kes tersebut dan nilai kompaun sebanyak RM2,000 ditetapkan kepada mereka.

Katanya, berdasarkan siasatan, kompaun peniaga burger dikekalkan sebanyak RM2,000 mengikut garis panduan dan tidak boleh dikurangkan kerana lelaki itu melakukan kesalahan kali kedua.

“Bagi peniaga colek dan kedai runcit, kompaun sebanyak RM2,000 turut dikenakan terhadap mereka. Jika mereka membayar dalam tempoh tujuh hari, kedua-dua peniaga itu akan menerima pengurangan kompaun sebanyak 50 peratus .

“Selain itu, jika mereka terdiri daripada golongan B40, kedua-dua peniaga akan menerima 50 peratus lagi pengurangan. Berdasarkan pengurangan dan kelayakan, mereka hanya perlu membayar kompaun sebanyak RM500 sahaja,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, tiga peniaga berkenaan dikenakan kompaun RM50,000 kerana beroperasi lebih masa ketika tempoh PKP kira-kira pukul 11 malam pada 25 April lalu.

Sementara itu, Mohd. Azizi ketika dihubungi Kosmo! berkata, dia akan membayar kompaun sebanyak RM500 yang ditetapkan kepada dengan segera.

Katanya, selain itu, dia amat bersyukur kerana kompaun sebanyak RM 50,000 dapat dikurangkan kepada jumlah yang rendah.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI