fbpx

Spurs tidak rela tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SPURS turun dengan misi meraih kemenangan ke atas Leicester sebagai harapan terakhir mereka untuk ke saingan Liga Europa musim depan. – AFP

LONDON – Tottenham Hotspur tidak rela menamatkan kalendar Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini dengan kekalahan menjelang aksi terakhir menentang Leicester City di Stadium King Power malam ini.

Lebih malang, kekalahan mampu menjejaskan peluang Spurs beraksi dalam kancah Liga Europa musim depan apabila kini cuma ketinggalan tiga mata dengan pasukan tempat keenam, West Ham United.

Justeru, pengurus sementara Spurs, Ryan Mason menggesa barisan pemainnya agar bangkit menampilkan prestasi sebenar mereka dan kembali ke landasan kemenangan selepas tewas 1-2 kepada Aston Villa pada Khamis lalu.

“Ia adalah satu keputusan yang cukup mengecewakan apabila anda tidak sepatutnya tewas dalam perlawanan seperti itu. Fokus seterusnya adalah memastikan tiga mata berjaya dikutip.

“Tiada mana-mana jurulatih tidak mahukan kemenangan termasuk saya sendiri. Saya sudah mempelajari banyak perkara musim ini dan sekarang saya mahu memberikan sesuatu kepada pasukan pada aksi ter­akhir,” katanya.

Bagaimanapun, Mason, 29, sedar ia bukan tugas mudah kerana mereka terpaksa mengharapkan bantuan daripada pasukan kelompok 10 bawahan liga, Southampton untuk menewaskan West Ham di Stadium London malam ini.

“Segala-galanya terlepas dari­pada kawalan kami selepas ke­kalahan baru-baru ini (kepada Villa). Kami perlu fokus kepada diri sendiri kerana ia bukan mudah untuk menang mana-mana perlawanan EPL,” jelasnya.

Hanya kemenangan ke atas Leicester dan kekalahan West Ham akan menjamin peluang buat Spurs layak secara automatik ke pentas Liga Europa musim depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI