KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Kelantan mengesahkan seramai 80 orang lagi penduduk di Kepulauan Tumpat di sini disahkan positif Covid-19 hari ini.
Pengarah JKNK Datuk Dr. Zaini Husin berkata, pertambahan itu menjadikan 111 penduduk di lokaliti tersebut sudah disahkan positif Covid-19 setakat ini.
Menurutnya, jumlah itu melibatkan penduduk dari Teluk Renjuna, Pantai Haji Nik Mat, Pulau Beluru, dan Pantai Suri yang sedang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
“Hari ini, sebanyak 600 penduduk telah menjalani ujian saringan Covid-19.
“Kita sedang menunggu 1,000 lagi keputusan ujian saringan yang telah dilakukan terhadap penduduk sejak dua hari lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo di sini hari ini.
Dr Zaini memberitahu, JKNK memuji kerjasama yang diberikan oleh penduduk di lokaliti tersebut dalam menjalani ujian saringan itu.
Katanya, kerjasama itu memudahkan lagi tugas kakitangan JKNK untuk mengekang penularan pandemik tersebut daripada keluar dari kawasan berkenaan.
Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan seramai 25 penduduk di Kepulauan Tumpat di sini setakat semalam. -K! ONLINE