fbpx

Sokong Palestin, pengikut Sarimah Ibrahim hilang mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan milik Sarimah di Twitter miliknya.

PETALING JAYA – Penyanyi dan pengacara televisyen, Che Puan Sarimah Ibrahim akur dengan kehilangan ketara jumlah pengikutnya sejak berkongsi mengenai penderitaan yang dihadapi rakyat Palestin.

Sarimah meluahkan perkara tersebut menerusi ciapan dalam Twitternya baru-baru ini.

Menurutnya, meskipun sedar jumlah pengikutnya semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini, namun dia langsung tidak merasa pelik apatah lagi terkejut mengenai perubahan tersebut.

“Saya melihat pengikut media sosial saya dalam Twitter menurun dari hari ke hari.

“Saya tahu itu kerana sokongan tidak berbelah bahagi saya terhadap kemanusiaan, untuk orang yang tidak bersalah mati di Palestin,” ciapnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut berharap Sarimah tidak berhenti dan akan terus bersemangat memberi sokongannya dalam usaha menentang Israel.

Terdahulu, pelantun lagu Kini Kau Tiads itu merupakah salah seorang selebriti Malaysia yang tidak ketinggalan membawa suara dan menzahirkan sokongan terhadap perjuangan Palestin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI