fbpx
Anggota bomba sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian.

[VIDEO] Kereta terputus dua, mercun bola meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya yang membawa muatan mercun bola meletup ketika berada di Simpang Empat, Kampung Sireh di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.55 petang, mangsa, Wan Hassan Wan Ali, 48, maut di lokasi kejadian selepas tercampak kira-kira 20 meter dari kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandunya.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, letupan itu turut menyebabkan empat lagi kereta terbakar dalam kejadian tersebut.

Letupan itu turut menyebabkan empat lagi kereta terbakar dalam kejadian tersebut.

Katanya, selain mangsa, empat orang mangsa termasuk seorang anggota polis turut mengalami kecederaan parah, namun keadaan mereka stabil.

“Siasatan awal mendapati, kereta mangsa membawa muatan mercun bola dengan kuantiti yang banyak dipercayai tiba-tiba meletup.

Kesan daripada letupan mercun bola di dalam kereta itu, lima buah kereta terbakar serta-merta

“Kesan daripada letupan mercun bola di dalam kereta itu, mangsa dipercayai mengalami kecederaan parah dengan beberapa anggota badannya putus,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Menurut Shafien, insiden itu turut menyebabkan empat buah kereta lagi terbakar di lokasi kejadian.

Keadaan kereta yang terlibat dalam kejadian itu.

Katanya, empat orang mangsa yang cedera parah dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk rawatan lanjut.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Bagaimanapun, Shafien enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kereta yang dipandu mangsa itu dipanah petir sebelum meletup.