fbpx
Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi (tiga dari kanan) bersamaTimbalan Menteri, Datuk Rosol Wahid (dua, kiri) melancarkan portal Beli Barangan Malaysia dalam aplikasi Shopee tahun lalu.

Kerjasama sektor awam jana jualan RM1 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Platform e-dagang, Shopee berkata kerjasama antara sektor awam dan swasta bagi memacu ekonomi negara menerusi pemerkasaan pendigitalan perniagaan telah menjana jualan hampir RM1 bilion dan mendigitalkan lebih 100,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama pada Mac tahun lalu.

Menurut platform e-dagang itu, lebih daripada 100,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana tempatan telah didigitalkan bermula Mac 2020.

Ia dilaksanakan melalui kerjasama antara Shopee dengan pelbagai kementerian, agensi kerajaan, persatuan dan kerajaan negeri.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, antara faktor pemacunya adalah penganjuran Kempen Beli Barangan Malaysia dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Turut diadakan adalah program e-dagang Perusahaan Mikro dan PKS Penjana, Inisiatif Shop Malaysia Online Penjana melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia; Jana Niaga bersama Majlis Amanah Rakyat serta eFAMAPLACE oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan.

Menurut beliau, penjual baharu pula menerima bantuan khas untuk memulakan perjalanan digitalisasi mereka, seperti faedah dalam bentuk diskaun, baucar pulangan tunai, kredit pengiklanan dan lain-lain untuk merangsang jualan.

“Kerjasama sedemikian perlu diteruskan untuk membawa impak yang lebih hebat, ketika sumbangan transaksi secara online di Malaysia dianggarkan berjumlah hanya tujuh peratus daripada jumlah jualan runcit negara tahun lalu.

“Jumlah tersebut adalah kecil apabila dibandingkan dengan peratus anggaran antarabangsa sebanyak 16 peratus, manakala negara seperti China mencecah hampir 40 peratus.

“Digitalisasi bagi sektor runcit masih berada di tahap awal dan kami berharap boleh meneruskan momentum semasa.

“Kejayaan ini bakal membantu mengembangkan ekonomi digital, seterusnya merancakkan semula ekonomi negara secara menyeluruh,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Selain itu, Ho menerangkan, Shopee akan menganjurkan kempen jualan Shopee pada 25 Mei ini dan juga pada 6 Jun ini.
Melalui kempen jualan tersebut, syarikat bakal menawarkan penghantaran percuma, baucar harian dan pelbagai hadiah menarik kepada pelanggan.

Selain itu, Shopee akan menawarkan penghantaran percuma bagi pelanggan yang membeli-belah pada harga minimum RM6, diskaun sehingga 66 peratus serta baucar harian dan banyak lagi semasa kempen 6.6 Jualan Hebat yang akan bermula pada 25 Mei.

“Dengan sejumlah 16 juta Syi­ling Shopee untuk dimenangi, pengguna boleh mengumpul lebih banyak Syiling Shopee bagi menikmati lebih penjimatan, melalui permainan seperti Shopee Farm, Shopee Spin & Win dan Shopee Shake Battle Mode.

“Selain itu, Shopee Vote & Win pula akan menghiburkan pengguna dengan peluang mengundi untuk hadiah kegemaran mereka seperti Sony PS5 atau pembersih vakum Dyson,” jelas beliau.