fbpx

Penagih larikan kereta, kanak-kanak perempuan, direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Penagih dadah yang melarikan kereta Perodua Bezza dan kanak-kanak perempuan ketika ibunya keluar membeli barangan di Seri Manjung, dekat sini, semalam, direman selama empat hari.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, suspek yang berusia 24 tahun direman bermula hari ini sehingga Isnin depan.

“Suspek direman untuk disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penculikan orang dari penjagaan yang sah.

“Dia juga disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, selepas ujian air kencing mendapati positif dadah jenis methamphetamine,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila kereta miliknya bersama seorang anak perempuan, yang ditinggalkan di depan premis perniagaan di Seri Manjung dilarikan seorang penagih dadah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, wanita tersebut meninggalkan anak perempuannya berumur 12 tahun di dalam kereta dalam keadaan enjin dan penghawa dingin dihidupkan serta tidak berkunci, untuk membeli barang di kedai haiwan di kawasan Seri Manjung.

Suspek bagaimanapun berjaya diberkas oleh orang ramai yang nelihat kejadian itu manakala kanak-kanak itu selamat dan tidak mengalami kecederaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI