fbpx
Sebahagian dadah dan cecair kimia yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Bukit Mertajam, Rabu lalu.

Pemuda 21 tahun ditahan bersama pistol, dadah RM3.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Satu kegiatan pengedaran dadah di negeri ini lumpuh selepas polis menahan seorang lelaki berusia 21 tahun di Jalan Bertam Perdana, Kepala Batas di sini Rabu lalu.

Penahanan suspek kira-kira pukul 6 petang itu turut menjurus kepada serbuan kedua di sebuah rumah kedai di Taman Bukit Minyak, Bukit Mertajam di sini sehingga polis menemui sejumlah dadah dan sepucuk pistol.

Ketua Polis negeri, Datuk Sahabudin Abdul Manan berkata, pihaknya merampas dadah jenis syabu seberat 97.1 kilogram dan 100 gram dadah jenis heroin yang keseluruhannya bernilai RM3.5 juta.

“Sepucuk pistol jenama Beretta USA Corp Made in USA bersama dua kelopak mengandungi 15 butir peluru hidup jenama Luger 9mm turut ditemui semasa operasi.

“Kita juga merampas pelbagai cecair kimia serta peralatan dan mesin membungkus dadah yang ditemui di dalam premis itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sahabudin berkata, siasatan lanjut pihaknya mendapati lelaki yang tidak mempunyai sebarang rekod lampau itu negatif ujian saringan air kencing.

“Suspek turut ditangkap bagi siasatan berhubung kes melarikan orang di kawasan Butterworth pada 1 Mei lalu.

“Siasatan mendapati sindiket berkenaan bergiat aktif sejak Januari lalu dan dadah itu adalah bagi pasaran tempatan,” katanya lagi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjatapi (Penalti Lebih Berat) 1971, Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960, Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI