fbpx

Pemandu lori menangi hadiah utama Peraduan MR.D.I.Y.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. KHAIRI bergambar di hadapan kenderaan baharu yang dimenanginya baru-baru ini.

PETALING JAYA – Sambutan hari raya tahun ini adalah pe­rayaan yang paling berharga buat pemandu lori, Mohd. Khairi Khamis yang telah berjaya memenangi hadiah utama Peraduan MR. D.I.Y. x MyDebit Je yang telah berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember tahun lalu.

Pemenang bertuah itu membawa pulang sebuah kereta Honda HR-V 1.8L E baharu.

Selain itu, seramai 358 pelanggan bertuah juga turut memenangi pelbagai hadiah bernilai lebih RM250,000 yang mana tiga pemenang hadiah pertama adalah Muhammad Zulfadhli Abdul Rahman, Roslina Mohamad dan Chen Pei Wen, masing-masing memenangi sebuah motosikal Yamaha Y15ZR.

Lima pemenang hadiah kedua adalah Muhammad Arif Shah Abdul Malek, Tham Kok Wai, Nurfatin Fateha Mohd Latife, Zufilah Nur Mohamed, dan Norazrin Azmi, masing-masing menerima sebuah iPhone 12 Pro Max 128 GB.

Semua pemenang menyertai peraduan berkenaan dengan hanya membeli-belah di cawangan MR. D.I.Y. Group iaitu MR. D.I.Y., MR.TOY, MR. DOLLAR di seluruh negara.

Mereka hanya perlu membuat pembelian minimum sebanyak RM30 dalam satu resit dengan kad ATM MyDebit, imbas kod QR dan jawab satu soalan mudah untuk menghantar penyertaan masing-masing.

Naib Presiden Pemasaran MR .D.I.Y. Group, Andy Chin berkata, penganjuran peraduan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kumpulan selama ini.

“Dengan kaedah peraduan yang ringkas dan hadiah-hadiah hebat yang ditawarkan, peraduan ini ternyata amat popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dan kami berharap dapat terus memberi keterujaan ini kepada pelanggan di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI