fbpx

Netizen lancar perang psikologi ‘lawan’ Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Komen salah seorang netizen berhubung isu di Palestin.

PETALING JAYA – Rakyat Malaysia dilihat telah mula menggunakan pendekatan psikologi terbalik menerusi tanda pagar #IStandWithIsrael yang mendedahkan kekejaman rejim Zionis terhadap rakyat Palestin.

Perkataan tersebut menjadi sohor kini di laman Twitter hari ini dan diulang ciap lebih 37,000 kali oleh pengguna media sosial tersebut.

Menerusi tanda pagar itu netizen berkongsi pelbagai maklumat seperti gambar, lakaran karikatur dan poster yang mengisahkan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis berhubung isu penjarahan Palestin.

Gambar tangkap layar menunjukkan netizen menggunakan tanda pagar #IStandWithIsrael yang sohor kini di laman Twitter hari ini. – Foto kredit: Twitter

Pemilik akaun @GadisKecil menulis, “Sebelum anda bersemangat utuk mengatakan #IstandWithIsrael fikir baik-baik adakah anda akan bersama-sama dengan orang yang membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan turut mengebom rumah mereka?,” komennya yang mendapat tanda suka lebih 1,000 kali.

“Sebuah negara yang indah dan damai. Mak kau hijau #IStandWithIsrael,” ciap seorang pengguna menggunakan akaun bernama Hariz Noriman.

Selain itu tanda pagar perkataan #VisitIsrael dan #IsraelTourism turut mempunyai matlamat serupa yang bertujuan menyebarkan sebanyak mungkin mesej kesedaran sekali gus membuka mata masyarakat dunia berhubung keganasan tentera Israel. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI