fbpx

ATM siap bina ICU Medan di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ICU Medan yang menggunakan konsep modular di pekarangan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

PETALING JAYA – Petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah siap mendirikan Unit Rawatan Rapi (ICU) Medan di pekarangan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ICU Medan yang beroperasi secara berperingkat tidak lama lagi itu mampu merawat sehingga 27 pesakit kritikal Covid-19 yang memerlukan bantuan pernafasan serta peralatan sokongan hidup lain.

“Selain itu, makmal modular dan unit radiologi modular turut didirikan bagi memberikan kemudahan perkhidmatan sokongan klinikal,” katanya dalam satu kenyataan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Tambahnya, pada peringkat permulaan seorang pakar anestesiologi serta rawatan rapi, dua orang pegawai perubatan dan 14 orang jururawat terlatih dalam rawatan rapi akan memulakan tugas dengan
kekuatan tenaga kerja daripada pelbagai kategori akan dipertingkatkan mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

Menurut Noor Hisham, Bahagian Perkhidmatan Kesihatan ATM pernah mendirikan hospital medan untuk pesakit bukan Covid-19 iaitu di Tawau, Sabah selain serta Hospital Makeshift Covid-19 di Penjara Pokok Sena, Kedah dan terkini di Kapit, Sarawak.

Katanya, ATM telah memainkan peranan penting dalam membantu Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Kementerian Kesihatan dalam menjayakan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) dan PKRC MAEPS 2.0 yang mampu menampung sehingga 8,000 katil untuk pesakit di sekitar Lembah Klang.

“Kolaborasi antara agensi sebegini sentiasa dialu-alukan dalam usaha kita sebagai satu pasukan memerangi pandemik Covid-19.

“Semoga segala usaha ini dapat membantu memastikan rawatan yang terbaik diberikan kepada pesakit-pesakit terutamanya yang berada dalam keadaan kritikal seterusnya mengurangkan kadar kematian akibat Covid-19 di Malaysia,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI