fbpx

Anak hilang, Noorkhiriah panik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOORKHIRIAH diserang panik apabila anak sulungnya tiba-tiba hilang pagi tadi.

PETALING JAYA – Pelakon, Noorkhiriah Ahmad Shapie berdepan detik mencemaskan apabila anak sulungnya, Muhammad Hudhaifah, 12, didapati tiada di kediaman mereka di Damansara, pagi tadi.

Bagaimanapun, kanak- kanak itu yang dipercayai keluar menaiki basikal dijumpai semula dengan selamat sekitar pukul 7.30 pagi di Taman Tun Dr Ismail, di sini.

“Terima kasih semua war-warkan (kehilangan anak). Alhamdulillah sudah jumpa.

“Saya masih menggigil lagi. Pada yang hubungi kami atau WhatsApp (WA), nanti saya balas,” katanya menerusi Instagram.

Terdahulu, bintang drama bersiri Nur itu meminta pertolongan daripada kenalan dan warga maya jika ternampak kelibat Muhammad Hudhaifah.

Difahamkan Khiriah menyedari ketiadaan anak sulung daripada tiga bersaudara itu sekitar jam 6 pagi.

Kehilangan Muhammad Hudhaifah turut dihebahkan rakan selebriti yang lain termasuk pengacara RTM, Eisya Toh.

Sementara itu, suami pelakon berkenaan, Azfaizul Ahtan, menyatakan kehilangan anak mereka tidak membabitkan unsur jenayah.

Selain Muhammad Hudhaifah, perkahwinan mereka turut dikurniakan dua lagi cahaya mata, Muhammad Yusoff, 10, dan anak angkat, Nur, 2 tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI