fbpx

Konflik Israel-Palestin ancam Asia Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Israel terus membedil Bandar Gaza meskipun PBB menggesa gencatan senjata diadakan. – AFP

BRUSSELS, Belgium – Pegawai kanan tentera Amerika Syarikat (AS) memberi amaran konflik antara Israel dan Palestin mewujudkan situasi tidak stabil melangkaui wilayah Gaza dan berkata bahawa pertempuran yang berterusan tidak menguntungkan sesiapa.

Pengerusi Ketua Staf Bersama, Mark Milley yang bercakap kepada pemberita di dalam pesawat untuk menghadiri mesyuarat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Brussels menggesa kedua-dua belah pihak supaya mengendurkan situasi sekali gus mengulangi saranan Presiden Joe Biden. Pemimpin AS itu berkata bahawa beliau menyokong gencatan senjata dilaksanakan.

“Angka kematian sangat besar dan tahap keganasan yang berlaku akan menggugat kawasan melangkaui Gaza,” kata Milley ketika menjawab soalan sama ada kemungkinan Iran menyokong Hamas.

Lebih 200 penduduk Palestin termasuk 61 kanak-kanak terbunuh sejak pertempuran tercetus antara tentera Rejim Zionis dan kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin di Semenanjung Gaza minggu lalu, demikian menurut pihak berkuasa tempatan.

Seramai 10 orang pula maut dalam serangan roket yang dilancarkan ke atas Israel.

Kelmarin Washington menyekat draf resolusi kali ketiga oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menggesa keganasan di Asia Barat dihentikan. Tindakan itu bercanggah dengan pendirian Biden bahawa beliau menyokong gencatan senjata semasa bercakap dalam panggilan telefon bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

“Tiada sesiapa menafikan hak Israel untuk mempertahankan diri.

“Bagaiamanapun, tahap keganasan di sana (Asia Barat) adalah pada suatu peringkat di mana adalah tidak menguntungkan sesiapa untuk pertempuran diteruskan. Orang awam terbunuh.Kanak-kanak terbunuh,” kata Milley kepada wartawan Keganasan antara Hamas dan Israel yang semakin meruncing selepas tercetus akibat rusuhan di Baitulmuqaddis Timur adalah yang paling buruk sejak 2014.

Pejuang Palestin membedil kira-kira 3,350 roket ke arah Israel yang bertindak balas melancarkan serangan udara bertubi-tubi dengan menyasarkan komander kanan dan infrastruktur pergerakan Hamas.

“Saya percaya walau apa pun objektif ketenteraan kedua-dua belah pihak, impak lain harus dipertimbangkan.

“Pada pandangan saya, menghentikan serangan pada masa ini adalah langkah bijak yang perlu dilakukan,” kata Milley. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI