fbpx

Dua penganggur meragut diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEBERANG PERAI – Polis berjaya menumpaskan satu kegiatan jenayah ragut dan samun khususnya di sekitar Bukit Tengah dan Seberang Jaya di sini selepas tertangkapnya dua penganggur lelaki di Bukit Mertajam di sini malam tadi.

Supek berusia 27 tahun ditahan kira-kira pukul 11.30 malam di Taman Seri Pengkalan, manakala suspek kedua berusia 26 tahun ditahan dalam serbuan di Taman Pauh kira-kira pukul 1.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, kedua-dua mereka diburu selepas meragut rantai emas seorang wanita berusia 41 tahun dan mencederakannya.

“Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi minggu lepas di Jalan Taman Setia, Bukit Tengah ketika mangsa sedang menunggang motosikal.

“Selain merenggut rantai emas di leher mangsa hingga terjatuh, salah seorang suspek juga telah memukulnya dengan topi keledar pada kepala hingga cedera,” katanya kepada pemberita hari ini.

Jelas Shafee, siasatan mendapati suspek pertama yang memiliki 16 rekod lampau dan suspek kedua melakukan kegiatan itu secara barsama dengan menunggang motosikal.

Shafee berkata, mereka sering melakukan kegiatan samun di sekitar Bukit Tengah dan Seberang Jaya di sini.

“Kedua-dua suspek mengaku telah membuang barang-barang dan dokumen peribadi milik mangsa ke dalam longkang besar di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai di Bandar Perda.

“Rantai leher yang diragut pula dijual di kedai pajak gadai di kawasan itu serta mereka turut mengaku melakukan satu kegiatan pecah kereta di Seberang Jaya dan Kepala Batas,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN